Jumlah Paparan Halaman

9/08/12

e TERNAK : Burung Walit

Burung Walit

Burung Walit  (bahasa InggerisEdible-nest Swiftlet) ialah salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Asia Tenggara. Ia memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Nama sainsnya Aerodramus fuciphagus.

Ciri-ciri
Burung Walit adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Ia mempunyai paruh tanpa gigi.
Sebagai burung, Burung Walit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Jantung Burung Walit terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Habitat
Burung Walit berasal dari kawasan hutan rimba dan gua batu di Asia Selatan, kepulauan di selatan Lautan Pasifik dan juga kawasan-kawasan timur lautAustralia.

Keistimewaan
Keistimewaan burung Walit ini ialah sarangnya yang diperbuat daripada air liurnya, boleh dimakan oleh manusia dan menjadi ubat-ubatan tradisional sejak zaman dahulu. Pertama sekali menjadi amalan pemakanan dinegara China, kini ia menjadi bahan makanan popular di merata dunia. Lantaran itu menjadikan sarang burung Walit ini berharga tinggi hingga mencecah kadar RM4,500 sekilogram untuk sarang yang belum dicuci dan RM13000 bagi sarang yang telah dicuci bersih. Malah ada laporan yang menyebut di Negeri China harga sarang burung Walit Gua jenis putih besar mencapai kadar RM26,000 sekilogram.

Penternakan burung walit
Penternakan burung Walit dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung Walit perlu membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini. Apabila siap bangunan ini perlu dilakukan aktiviti memanggil burung ini untuk datang membuat sarang. Cara memanggilnya adalah dengan memainkan cakera padat atau pita rakaman bunyi burung itu. Apabila burung Walit ini mendengar bunyi berkenaan burung ini akan datang berlegar dan masuk ke dalam bangunan itu untuk mencari kesesuaian membuat sarang. Ini disebabkan burung Walit bersarang secara berkawan, dan apabila mendengar bunyi bising ia akan bersarang kerana menyangka banyak rakannya bersarang di situ.Sarang burung Walit Gua disahkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai bersih dan boleh dimakan. 
Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,500 sekilogram, industri ini menjana pendapatan RM1.5 bilion setahun di Malaysia. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu.[1] Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan.[2]
Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung akan membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini.

Garis panduan
Dahulunya cuma membuat sarang di gua-gua, kini terdapat 50,000 premis burung walit di rumah-rumah kedai di kawasan bandar di seluruh negara, menimbulkan bantahan penduduk setempat berhubung masalah bau, bunyi dan penyakit. Burung Walit ini terbang dalam jumlah yang banyak dan najis burung mengotorkan kereta, halaman rumah, kain di penyidai dan sebagainya.
Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit akan mengeluarkan garis panduan membabitkan aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran dan pengeksportan sarang burung.
Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) ini melibatkan 4 kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.
Setakat ini undang-undang sedia ada di Sarawak melarang premis burung dibina di kawasan bandar. Pulau Pinang dan Melaka melarang pembinaan rumah burung di kawasan warisan Pulau Pinang.



Rujukan
dari wikipidia ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan