Jumlah Paparan Halaman

17/10/12

e TANI ; Hobi Anda Menanam Anggur ?

POKOK ANGGUR
Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, waindan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980'an.[perlu rujukan]


Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.
Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangandolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengahlarva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.

KHASIAT ANGGUR
  • Kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

BAGAIMANA MENANAM?
Anggur sesuai ditanam di atas tanah liat berpasir dengan pH antara pH 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran air yang baik. Kawasan perlu disediakan dengan mengemburkan tanah dan bubuh baja organik secukupnya. Bagi kawasan rendah disyorkan buat batas tanaman bagi mngelakan pokok terendam dan akan mati. Benih anggur boleh didapati daripada tut dan keratan. Benih dalam polibeg berumur 3 bulan boleh ditanam. Jarak penanaman disyorkan bagi anggur adalah 1.5 meter x 3 meter. Berikan baja asas sebanyak 4 kg baja organik (tahi ayam diproses) dan CIRP sebanyak 120 gram. Penanaman angur di Malaysia sesuai dengan menggunakan struktur kalis hujan terutama di kawasan yang banyak hujan melebihi 800 mm setahun dan boleh ditanam tanpa kalis hujan di belah Utara iaituKedah dan Perlis.
Tanaman anggur perlu dicantas untuk pembentukan dahan sehingga 1.8 meter tinggi dan pembesaran batang utama. Kayu sokong diperlukan bagi mampastikan batang utama tumbuh menegak. Pokok anggur juga perlu dicantas bagi pengeluaran dahan dan pemangkasan untuk mengalakkan bunga dan buah. Bagi pemangkasan pengeluaran dahan potong 2-3 dahan sekunder sepanjang 1 meter sehinga 4 cabang. Cantasan pembungaan dan pembuahan dibuat dengan membuang semua daun anggur sehingga habis serta buang dahan yang masih hijau (Lihat foto sebelah). Tinggalkan dahan yang berwarna coklat.

Para untuk tanaman anggur perlu dibuat supaya pokok anggur dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil. Ketinggian para bergantung kepada kesesuaian antara 5-6 kaki bagi memudahkan kerja pengurusan. Pembajaan dijalankan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gram/ pokok/ bulan dan 20 gm urea pada bulan ke 3 hingga ke 6. Pada bulan ke 7-9 diberikan NPK 12:12:17:2 kepada 100 gm/ pk/ bulan dan bulan ke 10-15 sebanyak 150 gm/ pk/ bulan. Pokok anggur yang berumur lebih 16 bulan dibaja NPK 12:12:17:2 sebanyak 300 gm / pk/ bulan. Penyemburan baja daun atau baja foliar (seperti Grofas) yang dicampur racun kulat dan racun serangga membantu pembesaran dan pembentukkan buah anggur.
Penanaman anggur di Malaysia perlukan guna hormon asid giberelik sebanyak 1 ppm ( 1 g + 1,000 liter air) yang disembur hari ke 7 selepas pemangkasan buah. Ini adalah untuk menggalak pengeluaran bunga dan buah. Sembur pada waktu pagi sebelum jam 9.00 pagi atau petang selepas jam 5.00 petang kerana keberkesanan GA kurang bila kena panas (Cepat kering). Keperluan pengairan tanaman anggur penting sekitar 8-11 liter sepokok sehari. Berhentikan pengairan 1-2 bulan sebelum buah anggur masak untuk tambah kemanisan buah anggur.

PENYAKIT DAN PEROSAK 
Anggur mudah diserang penyakit seperti antraknos (Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialah karat yang menyerang daun dan buah. Penyakit kulapuk berdebu antara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok layu atau mati. Kawalan racun kulat terkawal dapat atasi masalah serangan penyakit.

POKOK ANGGUR MESTI DIGONDOLKAN?
Setelah 6 hingga 9 bulan setelah di tanam,pokok anggur harus digondolkan dengan membuang semua daun untuk meniru keadaan musim luruh.

ANAK POKOK ANGGUR YANG MULA HIDUP
Kata orang tak cuba tak tahu, tak mula tak de la hasilnya..



e-TERNAK : Arowana Emas Hidup ?

Hobi Memelihara Arowana Menguntungkan?




Mulakan hari ini, kerana harga semakin naik..
Kereta Harga TURUN..
Motor Harga TURUN..
Minyak Harga NAIK..  ^
Rumah Harga NAIK..  ^
Arowana Harga NAIK.. ^

Beli MPV @ SUV   80K   dalam masa setahun Hg Jatuh 7-12%..

Nah apa lagi mulakannya sekarang untuk pelaburan
jangka panjang anda...
Beli Arowana serendah RM260 Harga akan naik RM2600 lepas 24 Bulan,..??
Call 019-7565531 maklumat lanjut,,

Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah diIndonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") .
Ikan ini adalah tempatan di Asia Tenggara, Ikan Kelisa Emas Malaysia mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah bbasah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.[1]
Ikan akuarium popular ini memiliki kepentingan budaya di kawasan yang dipengaruhi budaya Cina. Nama ikan naga berasal dari persamaan mereka dengan naga Cina. Kemashuran ini mempunyai kesan positif dan negetif pada status mereka sebagai spesies terancam.
Beberapa jenis warna berbeza semulajadi diakui, setiap satu terdapat di daerah mukabumi khusus. Ia termasuk yang berikut:
  • Hijau adalah jenis paling biasa, terdapat di Indonesia (Kalimantan dan Sumatera), VietnamMyanmarThailandCambodia, danMalaysia.
  • Perak Asia "silver Asian" (jangan dikelirukan dengan Kelisa Perak "silver arowana", Osteoglossum bicirrhosum) yang dianggap sebagai jenis hijau oleh sesetengah pihak. Ia terdapat dala dua jenis, "jalur ekor kelabu" atau "Pinoh arowana," dan jalur ekor kuning "yellow tail silver," setiapnya terdapat dibahagian berlainan di pulau Borneo di Indonesia.
  • Emas ekor merah "red-tailed golden" didapati di utara Sumatera, Indonesia.
  • gold crossbackblue Malayan, atau Bukit Merah blue adalah tempatan bagi negeri Pahang dan daerah Bukit Merah di Perak,Semenanjung Malaysia.
  • Merahsuper redblood red, atau chili red hanya terdapat di hulu sungai Kapuas dan tasik berdekatan di barat Borneo, Indonesia.
Jenis AROWANA RED ;
1)  Blood Red Arowana


2) Chili Red Arowana



3) Super Red Arowana



Jenis AROWANA GOLD ;
1) Gold 24K Arowana

2) Gold Cross Back Arowana

3) Gold Head Arowana

4) Red Tail Golden Arowana

5) Blue Base Arowana

Antara lain yang juga berada di pasaran AROWANA :
1) Green Arowana

2) Banjar Red Arowana

3) Yellow Tail Arowana


4) Silver Arowana