Jumlah Paparan Halaman

17/10/12

e TANI ; Hobi Anda Menanam Anggur ?

POKOK ANGGUR
Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, waindan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980'an.[perlu rujukan]


Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.
Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangandolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengahlarva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.

KHASIAT ANGGUR
  • Kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

BAGAIMANA MENANAM?
Anggur sesuai ditanam di atas tanah liat berpasir dengan pH antara pH 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran air yang baik. Kawasan perlu disediakan dengan mengemburkan tanah dan bubuh baja organik secukupnya. Bagi kawasan rendah disyorkan buat batas tanaman bagi mngelakan pokok terendam dan akan mati. Benih anggur boleh didapati daripada tut dan keratan. Benih dalam polibeg berumur 3 bulan boleh ditanam. Jarak penanaman disyorkan bagi anggur adalah 1.5 meter x 3 meter. Berikan baja asas sebanyak 4 kg baja organik (tahi ayam diproses) dan CIRP sebanyak 120 gram. Penanaman angur di Malaysia sesuai dengan menggunakan struktur kalis hujan terutama di kawasan yang banyak hujan melebihi 800 mm setahun dan boleh ditanam tanpa kalis hujan di belah Utara iaituKedah dan Perlis.
Tanaman anggur perlu dicantas untuk pembentukan dahan sehingga 1.8 meter tinggi dan pembesaran batang utama. Kayu sokong diperlukan bagi mampastikan batang utama tumbuh menegak. Pokok anggur juga perlu dicantas bagi pengeluaran dahan dan pemangkasan untuk mengalakkan bunga dan buah. Bagi pemangkasan pengeluaran dahan potong 2-3 dahan sekunder sepanjang 1 meter sehinga 4 cabang. Cantasan pembungaan dan pembuahan dibuat dengan membuang semua daun anggur sehingga habis serta buang dahan yang masih hijau (Lihat foto sebelah). Tinggalkan dahan yang berwarna coklat.

Para untuk tanaman anggur perlu dibuat supaya pokok anggur dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil. Ketinggian para bergantung kepada kesesuaian antara 5-6 kaki bagi memudahkan kerja pengurusan. Pembajaan dijalankan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gram/ pokok/ bulan dan 20 gm urea pada bulan ke 3 hingga ke 6. Pada bulan ke 7-9 diberikan NPK 12:12:17:2 kepada 100 gm/ pk/ bulan dan bulan ke 10-15 sebanyak 150 gm/ pk/ bulan. Pokok anggur yang berumur lebih 16 bulan dibaja NPK 12:12:17:2 sebanyak 300 gm / pk/ bulan. Penyemburan baja daun atau baja foliar (seperti Grofas) yang dicampur racun kulat dan racun serangga membantu pembesaran dan pembentukkan buah anggur.
Penanaman anggur di Malaysia perlukan guna hormon asid giberelik sebanyak 1 ppm ( 1 g + 1,000 liter air) yang disembur hari ke 7 selepas pemangkasan buah. Ini adalah untuk menggalak pengeluaran bunga dan buah. Sembur pada waktu pagi sebelum jam 9.00 pagi atau petang selepas jam 5.00 petang kerana keberkesanan GA kurang bila kena panas (Cepat kering). Keperluan pengairan tanaman anggur penting sekitar 8-11 liter sepokok sehari. Berhentikan pengairan 1-2 bulan sebelum buah anggur masak untuk tambah kemanisan buah anggur.

PENYAKIT DAN PEROSAK 
Anggur mudah diserang penyakit seperti antraknos (Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialah karat yang menyerang daun dan buah. Penyakit kulapuk berdebu antara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok layu atau mati. Kawalan racun kulat terkawal dapat atasi masalah serangan penyakit.

POKOK ANGGUR MESTI DIGONDOLKAN?
Setelah 6 hingga 9 bulan setelah di tanam,pokok anggur harus digondolkan dengan membuang semua daun untuk meniru keadaan musim luruh.

ANAK POKOK ANGGUR YANG MULA HIDUP
Kata orang tak cuba tak tahu, tak mula tak de la hasilnya..



e-TERNAK : Arowana Emas Hidup ?

Hobi Memelihara Arowana Menguntungkan?




Mulakan hari ini, kerana harga semakin naik..
Kereta Harga TURUN..
Motor Harga TURUN..
Minyak Harga NAIK..  ^
Rumah Harga NAIK..  ^
Arowana Harga NAIK.. ^

Beli MPV @ SUV   80K   dalam masa setahun Hg Jatuh 7-12%..

Nah apa lagi mulakannya sekarang untuk pelaburan
jangka panjang anda...
Beli Arowana serendah RM260 Harga akan naik RM2600 lepas 24 Bulan,..??
Call 019-7565531 maklumat lanjut,,

Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah diIndonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") .
Ikan ini adalah tempatan di Asia Tenggara, Ikan Kelisa Emas Malaysia mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah bbasah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.[1]
Ikan akuarium popular ini memiliki kepentingan budaya di kawasan yang dipengaruhi budaya Cina. Nama ikan naga berasal dari persamaan mereka dengan naga Cina. Kemashuran ini mempunyai kesan positif dan negetif pada status mereka sebagai spesies terancam.
Beberapa jenis warna berbeza semulajadi diakui, setiap satu terdapat di daerah mukabumi khusus. Ia termasuk yang berikut:
  • Hijau adalah jenis paling biasa, terdapat di Indonesia (Kalimantan dan Sumatera), VietnamMyanmarThailandCambodia, danMalaysia.
  • Perak Asia "silver Asian" (jangan dikelirukan dengan Kelisa Perak "silver arowana", Osteoglossum bicirrhosum) yang dianggap sebagai jenis hijau oleh sesetengah pihak. Ia terdapat dala dua jenis, "jalur ekor kelabu" atau "Pinoh arowana," dan jalur ekor kuning "yellow tail silver," setiapnya terdapat dibahagian berlainan di pulau Borneo di Indonesia.
  • Emas ekor merah "red-tailed golden" didapati di utara Sumatera, Indonesia.
  • gold crossbackblue Malayan, atau Bukit Merah blue adalah tempatan bagi negeri Pahang dan daerah Bukit Merah di Perak,Semenanjung Malaysia.
  • Merahsuper redblood red, atau chili red hanya terdapat di hulu sungai Kapuas dan tasik berdekatan di barat Borneo, Indonesia.
Jenis AROWANA RED ;
1)  Blood Red Arowana


2) Chili Red Arowana



3) Super Red Arowana



Jenis AROWANA GOLD ;
1) Gold 24K Arowana

2) Gold Cross Back Arowana

3) Gold Head Arowana

4) Red Tail Golden Arowana

5) Blue Base Arowana

Antara lain yang juga berada di pasaran AROWANA :
1) Green Arowana

2) Banjar Red Arowana

3) Yellow Tail Arowana


4) Silver Arowana

9/08/12

e TERNAK : Serangga Makanan Walit


Cara Mudah Menyediakan Makanan Walit
Cara mudah menyediakan makanan tambahan didalam rumah walit boleh dilakukan dengan melonggokkan jerami kemudian membasahkannya dengan air.
Jerami yang telah membusuk akan menghasilkan kutu-kutu kecil yang merupakan salah satu makanan kesukaan burung walet.

Selain jerami banyak juga penternak burung walit mengunakan ubi kayu yang ditebar disudut nesting room. Sebulan kemudian ubi kayu akan muncul kutu.
Drosophila
Penempatan kulit buah, khususnya buah-buahan nenas juga efektif mengundang serangga terbang dalam rumah walit.

Pelbagai cara dilakukan penternak walit demi kemajuan rumah walit dari berbagai cara tersebut diatas, usahawan walit juga tidak berrasa rugi untuk berbelanja lebih dengan membeli serbuk penumbuh serangga yang cukup mahal harganya perkilo.

Disini sedikit info ingin dikongsikan bersama bagaimana caranya membuat / mengkultur serangga terbang (lalat buah) yang dalam bahasa latin dikenali dengan nama Drosophila, dengan hasil yang tidak kurang hebatnya dengan serbuk penumbuh serangga yang beredar dipasaran.

Drosophila melanogaster merupakan jenis lalat buah, dimasukkan ke dalam filum artropoda kelas insekta bangsa Diptera, anak bangsa Cyclophorpha (kumpulan lalat yang pupanya terdapat kulit instar 3, mempunyai jaw hooks), siri Acaliptrata (imago menetas dengan keluar dari bahagian anterior pupa), suku Drosophilidae, jenis Drosophila melanogaster di Indonesia terdapat sekitar 600 jenis, pulau Jawa sekitar 120 jenis dari suku drosophilidae.


Bahan - bahan yang diperlukan:
- Agar-agar
- Pisang ambon 1 kg
- Ragi roti / fermipan /muripan
- Air

Cara membuat :
Dengan mengunakan dapur, rebus 700 Ml air hingga mendidih, dan masukkan 1 bungkus agar-agar (7 Gr), aduk hingga rata.
Pisang ambon sebanyak 1 kg dihaluskan dengan blender, kemudian dicampukan ke air rebusan agar - agar. Masak kembali kedua-dua bahan tersebut hingga masak.
Setelah masak, angkat dari dapur masak, biarkan sejuk beberapa saat.
Setelah sedikit sejuk tuangkan ke dalam bekas / baldi penampungan dengan tinggi minima 30 cm.
Tambah 3 - 5 butir ragi roti / fermipan sebagai anti kulat.

kepompong
Kepompong
Letakkanlah bekas / baldi tersebut diluar rumah walit (jangan terkena cahaya matahari dan hujan), kerana selama masa proses pembusukkan akan mengeluarkan bau yang cukup memualkan. Setelah 14 hari mulai muncul kepompong yang melekat di dinding ember, masukkanlah ke dalam rumah walet dan tempatkan di roving area

Magic Powder Tepung Serangga Walet
Pakan Walet – MAGIC POWDER CAP “WALET MAS” adalah serbuk penumbuh serangga pakan walet yang dibuat dari 100% bahan alami dengan pertumbuhan spesies serangga yang terkontrol, sehingga aman bagi manusia dan lingkungan.
MAGIC POWDER “Walet Mas” menjamin ketersediaan pakan tanpa mengenal musim. Serangga yang dihasilkan dari ordo Diptera, famili Drosophillidae, genus Drosophilla, yang merupakan serangga berukuran kecil bertubuh lunak sehingga sangat sesuai dengan kondisi alat pencernaan walet. Standar kualitas pakan yang prima dengan kandungan protein yang tinggi (57%), sehingga akan meningkatkan produktifitas(jumlah dan kualitas sarang burung) dan meningkatkan populasi burung walet. Efektif untuk memancing burung walet ke rumah baru yang belum pernah dihuni burung walet.
Aplikasi pemakaian yang mudah, serangga yang dihasilkan terkumpul di dalam ruangan dan mudah di makan oleh anak walet yang baru bisa terbang atau burung yang sakit.

Produksi Serangga Makanan Walet Perlukah Serangga Untuk Makanan Walet ?

Banyak pengusaha sarang burung walet yang memperoleh hasil panen tidak sesuai dengan harapan. Salah satu sebab karena serangga yang menjadi makanan utama walet yang diperoleh di alam semakin sulit dan jauh jaraknya.
Berbagai produk makanan yang dapat menghasilkan serangga dalam rumah walet dapat menunjang kebutuhan pakan namun tidak efektif atau terbentuknya serangga sangat minim.

Apa Saja Faktor Sehingga Serangga Makanan Burung Walet Semakin Berkurang ?

- Faktor musim kemarau yang berkepanjangan
- Banyak kerusakan hutan
- Penggunaan pestisida yang berlebihan
- Berubahnya sawah/ladang menjadi lahan industri

Apa Akibat Berkurangnya Serangga Makanan Burung Walet ?

- Banyak burung walet mati kelaparan
- Menurunnya daya tahan tubuh burung walet terhadap benturan cuaca buruk (terjebak hujan) pada saat mencari makan
- Migrasi mencari lahan baru yang masih subur

Dapatkah Kita Memproduksi Serangga Alami Sebagai Makanan Burung Walet ?

Serangga alami sebagai makanan burung walet dapat diternakkan dengan perlakuan tertentu, baik tempat berkembang biak maupun makanannya.

Serangga Air Vertu





e TERNAK : Burung Walit

Burung Walit

Burung Walit  (bahasa InggerisEdible-nest Swiftlet) ialah salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Asia Tenggara. Ia memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Nama sainsnya Aerodramus fuciphagus.

Ciri-ciri
Burung Walit adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Ia mempunyai paruh tanpa gigi.
Sebagai burung, Burung Walit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Jantung Burung Walit terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Habitat
Burung Walit berasal dari kawasan hutan rimba dan gua batu di Asia Selatan, kepulauan di selatan Lautan Pasifik dan juga kawasan-kawasan timur lautAustralia.

Keistimewaan
Keistimewaan burung Walit ini ialah sarangnya yang diperbuat daripada air liurnya, boleh dimakan oleh manusia dan menjadi ubat-ubatan tradisional sejak zaman dahulu. Pertama sekali menjadi amalan pemakanan dinegara China, kini ia menjadi bahan makanan popular di merata dunia. Lantaran itu menjadikan sarang burung Walit ini berharga tinggi hingga mencecah kadar RM4,500 sekilogram untuk sarang yang belum dicuci dan RM13000 bagi sarang yang telah dicuci bersih. Malah ada laporan yang menyebut di Negeri China harga sarang burung Walit Gua jenis putih besar mencapai kadar RM26,000 sekilogram.

Penternakan burung walit
Penternakan burung Walit dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung Walit perlu membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini. Apabila siap bangunan ini perlu dilakukan aktiviti memanggil burung ini untuk datang membuat sarang. Cara memanggilnya adalah dengan memainkan cakera padat atau pita rakaman bunyi burung itu. Apabila burung Walit ini mendengar bunyi berkenaan burung ini akan datang berlegar dan masuk ke dalam bangunan itu untuk mencari kesesuaian membuat sarang. Ini disebabkan burung Walit bersarang secara berkawan, dan apabila mendengar bunyi bising ia akan bersarang kerana menyangka banyak rakannya bersarang di situ.Sarang burung Walit Gua disahkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai bersih dan boleh dimakan. 
Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,500 sekilogram, industri ini menjana pendapatan RM1.5 bilion setahun di Malaysia. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu.[1] Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan.[2]
Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung akan membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini.

Garis panduan
Dahulunya cuma membuat sarang di gua-gua, kini terdapat 50,000 premis burung walit di rumah-rumah kedai di kawasan bandar di seluruh negara, menimbulkan bantahan penduduk setempat berhubung masalah bau, bunyi dan penyakit. Burung Walit ini terbang dalam jumlah yang banyak dan najis burung mengotorkan kereta, halaman rumah, kain di penyidai dan sebagainya.
Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit akan mengeluarkan garis panduan membabitkan aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran dan pengeksportan sarang burung.
Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) ini melibatkan 4 kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.
Setakat ini undang-undang sedia ada di Sarawak melarang premis burung dibina di kawasan bandar. Pulau Pinang dan Melaka melarang pembinaan rumah burung di kawasan warisan Pulau Pinang.



Rujukan
dari wikipidia ,

6/08/12

e TERNAK : Rumah Burung Walit

Contoh Rumah Burung Walit


Roving Area adalah antara satu daripada elemen yang perlu diadakan pada kawasan rumah burung walet anda.
Mengikut kamus, roving ini adalah kawasan berkeliaran atau to wander about.
Perhatikan gambar dibawah:




Roving area adalah kawasan lapang yang berada di hadapan Lubang Masuk Burung rumah burung anda. Ianya berada di atas yea jadi kotak diatas tu cuma hendak menunjukkan kawasannya.
Corak burung walet terbang yang berpusing atau berpusar kebanyakkannya dari kanan ke kiri menyebabkan sesebuah rumah burung perlu ada kawasan yang luas untuk roving area.
Anda perlu pastikan tiada binaan bangunan yang tinggi di hadapan lubang masuk burung dan juga pokok-pokok yang tinggi.
Anda bayangkan jika landasan kapal terbang penuh dengan pokok yang tinggi, ini pasti menyukarkan kapal terbang ini untuk mendarat. Sama lah juga keadaannya pada kawasan sekitar rumah burung anda.
Burung walet akan terbang serendahnya jika kawasan itu di rasakan selamat, tidak mempunyai halangan, lagi besar kawasan roving area ini lagi bagus.
Saya sudah berjumpa dengan seorang pengusaha rumah burung yang membuat prunning/potongan pada pokok-pokok Durian D24 nya sekitar kawasan rumah burung nya. Anda pun pasti tahu jugakan nilai buah durian D24. Oleh kerana nilai sarang burung tinggi lebih baik, pokoknya di potongkan untuk mendapatkan kawasan roving area yang baik untuk rumah burungnya.
Jadi, pastikan anda mempunyai roving area yang optimal untuk keselesaan burung walet membuat terjunan atau terbang masuk ke lubang masuk burung rumah burung anda.


http://www.burungwaletonline.com/roving-area-kenali-rumah-burung-anda/



Rumah Burung Walit Solar Di Kampung Kayan, Sitiawan 


 Rumah Burung Walit Di Kampung Sg. Ular, Kuantan

Rumah Burung Walit Solar di Kg Darat Sg. Ular, Kuantan





RBW modal rendah.  Budget asal cuma RM10,000, tanpa bahagian bawah. 



Susah untuk walit keluar


Terbaik..




31/07/12

e TERNAK ; RBW Yang Berjaya

RBW Yang Berjaya

Inilah cara memberi makan anak-anak Burung Walit..


Sebuah RBW yang banyak penghunya dapat kita lihat dari luar pada
awal pagi dan lewat petang untuk ke sarang..


Aktiviti memancing walit biasanya dilakukan untuk menguji kehadiran BurungWalit 
di sesebuah kawasan yang ingin didirikan RBW..