Jumlah Paparan Halaman

31/07/12

e TERNAK ; RBW Yang Berjaya

RBW Yang Berjaya

Inilah cara memberi makan anak-anak Burung Walit..


Sebuah RBW yang banyak penghunya dapat kita lihat dari luar pada
awal pagi dan lewat petang untuk ke sarang..


Aktiviti memancing walit biasanya dilakukan untuk menguji kehadiran BurungWalit 
di sesebuah kawasan yang ingin didirikan RBW..

29/07/12

e TERNAK ; Walit Bersarang


Apa Tujuan Menternak Burung Walit?

Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,000 sekilogram, industri ini menjana pendapatan RM1.5 bilion setahun di Malaysia. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu.[1] Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan.[2]
Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung akan membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini.


Apakah Garis Panduan Yang Perlu Diikut?

Dahulunya cuma membuat sarang di gua-gua, kini terdapat 50,000 premis burung walit di rumah-rumah kedai di kawasan bandar di seluruh negara, menimbulkan bantahan penduduk setempat berhubung masalah bau, bunyi dan penyakit. Burung Layang-layang Guaini terbang dalam jumlah yang banyak dan najis burung mengotorkan kereta, halaman rumah, kain di penyidai dan sebagainya.
Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit akan mengeluarkan garis panduan membabitkan aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran dan pengeksportan sarang burung.
Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) ini melibatkan 4 kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.
Setakat ini undang-undang sedia ada di Sarawak melarang premis burung dibina di kawasan bandar. Pulau Pinang dan Melaka melarang pembinaan rumah burung di kawasan warisan Pulau Pinang.

Garis Panduan Ini Melibatkan Empat Kementrian


KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) mengambil masa untuk dibentang ke Kabinet kerana ia melibatkan empat kementerian, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

Noh berkata selain kementerian yang diterajuinya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan juga terlibat dalam penggubalan garis panduan itu.

"Tunggulah... Kita akan umum selepas ia diluluskan (Kabinet)," kata Noh kepada Bernama di lobi Parlimen mengenai perkembangan terkini garis panduan bagi pembangunan industri sarang burung yang bernilai RM1.5 bilion setahun itu.

Garis panduan itu disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit di negara ini.

Sebelum ini, Noh dilaporkan berkata 1GP akan dibentang ke Kabinet pada Mac ini.

Dianggarkan terdapat 50,000 premis burung walit di seluruh negara dengan kebanyakannya dibina di rumah-rumah kedai di kawasan bandar menimbulkan kebimbangan penduduk setempat mengenai masalah bau, bunyi dan penyakit.

Ketua Pengarah JPV Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin sebelum ini berkata pelaksanaan garis panduan holistik itu akan menyelesaikan semua masalah berbangkit.

Abdul Aziz berkata ia akan menjadi garis panduan pertama seumpamanya di rantau ini bagi mengawal selia pembangunan industri burung walit itu daripada aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran hinggalah pengeksportan sarang burung itu.

Ketika ini masalah perlesenan rumah burung dilihat membantutkan perkembangan industri itu terutama di Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak, yang antara lain melibatkan rumah burung dibina dalam kawasan warisan (Pulau Pinang dan Melaka)dan peruntukan undang-undang melarang premis burung dibina di kawasan bandar seperti di Sarawak.

Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu, menjelaskan kenapa harganya mencecah RM4,000 sekilogram.

-- BERNAMA 

Dilema Industri Sarang Burung Walit Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Tanpa diketahui umum, industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia, kira-kira 10 tahun lepas.

Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China di mana sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya selain turut menjadi "pengukur" kepada status individu.

Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.

Malah sarang burung walit atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau "aerodramus maximus" yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya.

ISU PERLESENAN RUMAH BURUNG BANTUTKAN INDUSTRI

Namun beberapa isu timbul sejak kebelakangan ini termasuk masalah perlesenan lebih 1,500 rumah burung walit di Sarawak menjejaskan perkembangan industri yang berpotensi besar ini.

Jika di Semenanjung Malaysia premis burung walit dibenarkan dibina di rumah kedai dan lot komersil di bandar mengikut syarat tertentu, premis yang sama tidak dibenarkan di kawasan bandar di negeri itu.

Ini kerana Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan burung walit diternak di kawasan bandar.

Negeri itu juga tidak mempunyai garis panduan penternakan burung berkenaan yang membolehkan rumah burung dibina di kawasan bandar seperti mana di Semenanjung.

Peraturan Perlindungan Hidupan Liar (Sarang Burung Boleh Dimakan) 1998 dan Peraturan Perlindungan Hidupan Liar 1998 juga menjelaskan bahawa spesies itu hanya boleh diternak di tanah pertanian di kawasan luar bandar selain habitat asalnya seperti gua.

"Sepatutnya kerajaan negeri menyokong industri ini dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mewujudkan garis panduan penternakan burung walit," kata Dr Koh Ung Leong kepada Bernama ketika ditemui di Sibu baru-baru ini.

Doktor veterinar itu berkata burung walit mempunyai nilai ekonomi tinggi, meningkatkan nilai hartanah setempat dan menjadi alternatif kepada petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius.

Tinjauan Bernama mendapati terdapat banyak rumah burung dibina dan rumah kedai diubahsuai menjadi rumah burung di bandar berhampiran pesisir pantai seperti di Mukah, Sibu, Sarikei dan Bintulu.

Sebelum ini persatuan pedagang sarang burung walit di negeri itu merayu campur tangan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menyelesaikan masalah itu selepas tindakan penguatkuasaan bermula Oktober tahun lepas di Mukah.

STATUS TERKINI PERLESENAN

Sehingga hari ini daripada lebih 1,500 premis burung walit yang ada, hanya dua premis diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Ini bermakna 99.8 peratus rumah burung walit di negeri itu ialah premis haram.

"Kami berharap kerajaan negeri akan menyediakan garis panduan yang sama seperti di Semenanjung. Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini," kata pengerusi protem Persatuan Perdagangan Sarang Burung Walit Sarikei Wong Hua Ting.

Dalam isu ini, kerajaan negeri dilihat mempunyai dua pilihan sama ada memusatkan penternakan burung walit ke sesebuah kawasan melalui pembinaan eko-park atau mengadaptasi garis panduan penternakan burung walit.

"Mustahil untuk memindahkan burung-burung ini. Burung walit bukannya seperti ayam atau itik yang boleh kita tangkap dan pindahkan. Burung-burung ini sudah jadikan rumah burung sebagai hotel tempat bersarang," kata pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia Datuk Beh Heng Seong.

Difahamkan sehingga hari ini belum ada kaedah memindahkan burung walit yang juga spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972. Ini menjadikan usaha memindahkannya, terutama anak burung, adalah mustahil tanpa risiko "membunuh" burung itu.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan negeri terutama Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak akan menangani isu ini tanpa mengenepikan kepentingan semua pihak termasuk pemilik rumah burung?

PENDIRIAN JABATAN

Ketua Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa pembangunan industri ini perlu dilakukan secara sistematik mengikut undang-undang sedia ada.

"Kebanyakan yang minta lesen adalah di bandar yang mengikut definisi undang-undang, mereka tidak layak," kata Len Talif mengenai risiko epidemik seperti selesema burung menyebabkan kenapa kerajaan negeri tidak membenarkan penternakan burung itu di bandar.

Beliau berkata pihaknya juga menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah bau dan bunyi bising pembesar suara yang dipasang di premis burung itu bertujuan memanggil burung walit singgah bersarang.

Len Talif juga mendakwa pembinaan rumah burung di kawasan bandar turut menjejaskan perniagaan sesetengah pihak terutama mereka yang menjual makanan di restoran atau gerai berdekatan.

"Sepatutnya pembinaan rumah burung di bandar tidak dibenarkan kerana melanggari undang-undang," katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan negeri akan membina eko-park dan memberikan lesen kepada individu berminat membina rumah burung di atas tanah pertanian di luar bandar.

RAYUAN PEMILIK RUMAH BURUNG

Kebanyakan pemilik rumah burung melihat masalah birokrasi memohon lesen melibatkan agensi berkaitan seperti pejabat tanah, pihak berkuasa tempatan, Sarawak Planning Autority (SPA) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak merumitkan keadaan.

Ketiadaan jaminan burung bersarang di eko-park dan premis burung baru juga menyebabkan kenapa mereka mahu kerajaan negeri menggunapakai garis panduan mengikut Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) untuk burung walit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

GAHP, yang merupakan antara syarat lesen di Semenanjung, menetapkan spesifikasi tertentu bagi memastikan premis burung walit dibina kondusif dan mesra alam selain menetapkan had bunyi tidak melebihi 40 desibel dengan corong 60 darjah menghala ke langit bagi mengatasi masalah bunyi.

"Kita bercakap tentang "1Malaysia" maknanya undang-undang yang sama. Kenapa kerajaan negeri tidak terima garis panduan itu,? soal pedagang sarang burung walit dari Mukah, John Low.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang menggalakkan rakyat, terutama kaum Bumiputera, menceburi bidang penternakan burung walit yang mampu menjana ekonomi tempatan.

Pengerusi protem persatuan pedagang sarang burung Mukah, Philip Tiong, pula meminta pihak berkuasa mengadakan dialog dengan pemilik rumah burung untuk menyelesaikan isu itu dan bukannya "dialog" sehala yang menyuruh mereka berpindah.

DAKWAAN MONOPOLI INDUSTRI SARANG BURUNG

Namun apa yang menarik beberapa pemilik rumah burung yang enggan dikenali mendakwa pembinaan eko-park termasuk di Mukah adalah cubaan pihak tertentu untuk memonopoli industri itu.

Ini kerana sekilogram sarang burung boleh mencecah RM4,000 dan jumlah itu meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda selepas ia diproses untuk diimport ke negara luar seperti China, Hong Kong dan Korea.

Jika daerah Mukah mampu mengeluarkan lebih 100 kilogram sarang burung yang bernilai RM400,000 sebulan, bayangkan jumlah pendapatan yang mampu dijana lebih 40 ribu rumah burung yang bertaburan di seluruh negara.

Walaupun dakwaan monopoli itu masih belum dibuktikan, pihak terbabit perlu memberi perhatian kepada perkara seumpama itu yang boleh membantutkan hasrat kerajaan memajukan industri sarang burung selain kebimbangan terhadap ancaman penyakit.

Ketua Unit Walit Dr Fadzilah A'ini Abdul Kadir berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar, yang menjadi agensi peneraju industri sarang burung negara, sentiasa memantau perkembangan industri itu dari semasa ke semasa.

Sehingga hari ini, lebih 5,000 sampel burung walit yang diuji Jabatan Perkhidmatan Veterinar sejak tiga tahun lepas didapati bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam, kata Dr Fadzilah.

-- BERNAMA


Menyelami Habitat Walit Di Kediamannya


 Tu la dia, sarang yang kecil boleh dikongsi bersama,,.

 Penjaga telur sedang beriadah..hehe
 InsyaAllah satu masa nanti begini jadinya..
 Sang Walit tidak ingin diganggu..
 Walit dikatakan memang gemar bersarang di bahagian penjuru..

 Sarang walit yang baru di tuai..
Inilah rumah walit yang telah siap dan didiami sekumpulan burung walit di dalamnya.,,